1.0
PENGENALAN
Alat pengurusan grafik juga
dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta cerita dan alat pengurusan
kognitif. Pengurusan grafik mempunyai bentuk-bentuk ilustrasi yang digunakan
bagi membantu kita memberi fokus kepada apa yang sedang kita fikirkan serta
menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan
antara mereka.
Terdapat Lapan Jenis Pengurusan Grafik
(PG):
1) PG membanding dan membeza,
2) PG membuat kategori,
3) PG meneliti bahagian-bahagian kecil
dan keseluruhan,
4) PG menerangkan sebab,
5) PG membuat ramalan,
6) PG membuat periksa andaian,
7) PG membuat keputusan,
8) PG menyelesaikan masalah.
Tujuan primer alat pengurusan grafik
adalah sebagai bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir. Hal ini demikian
kerana kebanyakan matapelajaran memerlukan pembacaan. Tidak semua idea yang
disampaikan oleh penulis dapat difahami dan diterima oleh pelajar melalui
penulisan yang panjang. Oleh itu, dengan menggunakan pengurusan grafik sesuatu
maklumat itu akan menjadi lebih menarik dan mudah difahami kerana terdapat
gambar-gambar atau simbol-simbol sebagai gambaran yang dapat dibayangkan dalam
fikiran pelajar.
Antara
tujuan lain penggunaan pegurusan grafik adalah :
- · Supaya pemikiran pelajar mempunyai hala tuju yang lebih jelas, idea yang tersusun dan terancang.
- · Untuk mengawal dan memahami proses pemikiran sendiri
- · Membantu menterjemahkan idea ke dalam bentuk nyata
- · Untuk menjadikan proses berfikir lebih sistematik dan teratur
2.0 KELEBIHAN PENGURUSAN GRAFIK
Jika
pelajar diberi peluang menggunakan pengurusan grafik, proses pengajaran, proses
pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih berkesan,dan objektif
yang dirancangkan akan mudah dicapai.
Melalui penggunaan pengurusan grafik,
aspek-aspek berikut akan dicapai.
1) Tujuan untuk membantu pelajar mengurus dan
menyusun idea dan maklumat supaya menjadi lebih sistematik dan berkesan.
2) Maklumat
yang ingin disampaikan menjadi lebih jelas dan mudah difahami kerana menurut Som
dan Dahlan, pengurusan grafik adalah berbentuk borang dan jaringan yang perlu
diisi dengan maklumat-maklumat yang dipelajari.
3) Dapat mempelajari sesuatu kandungan dengan lebih
jelas dengan menggunakan jenis- jenis pengurusan grafik yang sesuai.
4) Alat mencetus
idea dan menyusun maklumat untk penulisan serta dapat memupuk pemikiran
analitis, kritis dan kreatif.
5) Pelajar terlibat secara aktif dalam mengemukakan
cadangan dan menguji hubungkait antara maklumat.
6) Mengawal proses pemikiran yang bersesuaian
dengan pengurusan grafik yang mengambarkan proses pemikiran, pelajar
dibimbing untuk berfikir secara analitis dan krisis. Pengurusan grafik jenis
ini digunakan bersama-sama peta lisan, iaitu soalan-soalan yang membimbing
pelajar mengisi borang-borang pengurusan grafik.
3.0)
KELEMAHAN PENGURUSAN GRAFIK
1)
Maklumat yang disampaikan tentang sesuatu tajuk adalah tidak menyeluruh kerana
hanya isi utama yang ditekankan dalam pengurusan grafik. Maklumat tambahan yang
terdapat dalam topik pembelajaran tetapi tidak dimasukkan dalam pengurusan
grafik akan menyebabkan pelajar terlepas pandang terhadap maklumat tersebut.
2) Tidak
berapa sesuai untuk membuat nota pelajaran. Memerlukan penggunaan banyak
pengurusan grafik yang berbeza untuk meringkaskan sesuatu maklumat berdasarkan
artikel atau bahan penulisan lain. Hal ini menyebabkan penggunaan masa yang
banyak untuk menyiapkan satu-satu pengurusan grafik.
3)
Penggunaan pengurusan grafik dalam pembelajaran dalam kelas akan menarik minat
pelajar hanya untuk melihat gambar-gambar atau simbol-simbol yang digunakan.
Pelajar akan lebih tertarik terhadap grafik yang digunakan berbanding maklumat
yang ingin disampaikan dalam alat pengurusan grafik tersebut. Perkara ini akan
terjadi terutamanya penggunaan alat pengurusan grafik kepada pelajar sekolah
rendah. Oleh itu, grafik yang digunakan mestilah bersesuaian dan tidak
keterlaluan agar pelajar dapat fokus terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
4) Menyukarkan
pelajar untuk mengulangkaji kerana pelajar perlu membaca banyak alat pengurusan
grafik yang berbeza untuk hanya satu topik. Keadaan akan menjadi lebih sukar
jika maklumat-malumat dalam alat pengurusan grafik itu tidak tersusun. Oleh
itu, peta minda adalah lebih sesuai untuk mengulangkaji kerana hanya menggunakan
satu peta minda sahaja terdapat semua maklumat tentang keseluruhan topik yang
dipelajari.
Contoh alat pengurusan grafik
PG banding beza
PG mengkategori
Aftershokz titanium - iTaniumArts
ReplyDeleteThis titanium aftershokz makes used ford escape titanium it possible ford edge titanium to achieve the used ford fusion titanium same level of quality as the traditional titanium alloy. This ensures that the material is only trekz titanium pairing available for
u849b9bttib968 horse dildo,horse dildos,male masturbator,dildos,realistic sex dolls,vibrators,g-spot dildos,wholesale sex doll,penis rings w000t9ppyvl449
ReplyDeletejika tak keberatan, dekat mana ya saya boleh dapatkan rujukan tentang jenis pengurusan grafik yang lebih detail ya.
ReplyDelete